Wednesday, August 1, 2018

BAB 2 - KEMBARA ROHANI

Dalam pada bersedia mahu bercuti lama dan tumpu ibadah Umrah Ramadan, hati ditebak juga dengan beberapa persoalan. Ramadan ini biasanya syarikat kami sibuk dengan tempahan majlis berbuka puasa. Apatah lagi selepas pilihnaraya. Saya terus susun strategi. Minta kakitangan unit katering hubungi setiap pelanggan yang sudah biasa ambil D'Saji. Tanyakan mereka tarikh majlis jika sudah ada dan kami akan hantar pakej berbuka puasa kepada mereka. Dari situ saya sudah boleh plan dan serah tugas kepada pembantu saya dengan tenang jiwa saat saya tunaikan ibadah Umrah nanti 

Teringat juga hal anak anak berdua. Jika saya tiada puasa mereka macam mana? Kesian suami mahu tengok semua. Saya ajukan pada suami. Dan beliau menjawab, Mama sejak bila pulak Ramadan u ada dirumah? u sibuk dengan urusan kerja memantau majlis pelanggan. Tengah malam baru balik. Sebab itu hal anak anak u jangan fkir sangat. Pandailah I take care mereka nanti macam selalu. U elok tumpu kesihatan dan yang berkiatan Umrah U, kata suami tericnta. Sebenarnya saya sangat malu dengan kata kata suami, kerana itu adalah realiti yang saya lalui setiap hari. Pergi pagi dan balik malam

Sampai masanya. Tanggal yang ditunggu telah tiba. 16 Mei 2018 tarikh keramat buat saya. Saya mulakan 1/3 malam hari itu dengan solat tahajjud, Taubat, Hajat, Witir. Mohon doa dipermudahkan urusan  saya menunaikan Umrah pertama di bulan Ramadan 

Sebelum bergerak ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur ( KLIA) , saya mandi sunat, Solat Hajat dan Solat Musafir. Mohon Allah ganjarkan pahala disetiap urusan saya di Makkah dan Madinah  dan dipermudahkan mudah sehabis mudah. lancar sehabis lancar semua urusan di dua kota suci. Insyaallah 

Tetamu Allah ada tiga, Orang yang menunaikan Haji, Orang yang menunaikan Umrah, dan orang yang berperang ke Jalan allah ( Fisabilillah ). Direkodkan oleh Nasai, Ibnu Hibban dan Hakim daripada Abu Hurairah  

Sebagai peserta Umrah Sahabat Quran Malaysia. Di dalam group Wasap Umrah Awal Ramadan telah dimaklumkan yang kami perlu memulakan bacaan Quran kami sebaik sahaja berada didalam pesawat. Saya diberi Juzuk 16. Ditetapkan untuk selesai sebelum ahad dan akan diadakan Khatam Quran beramai ramai di Masjid Nabawi. Ini adalah sebahagian dari pengisian Umrah bersama Amazing Umrah iaitu Progran Khatam dan tadabbur Al Quran. Saya bersyukur dan rasa sangat gembira kerana insyaallah dengan izinNya saya akan khatam di dua kota suci ini 

Pada tarikh 16 Mei 2018, kami semua berlepas dari Kuala Lumpur jam 7.30 petang dan dijangka sampai ke Lapangan Terbang Jeddah jam 11.30 malam. Kami semua berkumpul di KLIA 1, Aras 5, Pintu 7. Biasanya disini saya hantar emak, kali ini emak pula yang menghantar saya. Allahuakbar 

Pemergian saya ke Tanah Suci mengerjakan Umrah tidak saya ceritakan dengan semua orang. Terasa malu dihati. Saya ceritakan pada staff dan yang paling rapat dengan saya iaitu Puan Sri Bibi Sharliza, isteri mantan pengerusi Felda. Puan Sri pesan pada 16.05 itu nanti jumpa di Aras 5 KLIA. Beliau mahu kirim hidangan. Kesiankan saya yang kali pertama pergi Umrah, Ramadan pula. Bimbang dia saya tidak lalu makan disana

Pada tarikh yang telah ditetapkan ramai yang sudi hadir menghantar saya. Sebak dada melihat kebaikan mereka. Allah sahaja yang akan membalasnya. Saya lihat kelibat Puan Sri Bibi dan Tan Sri Isa Samad sudah ada berdekatan dengan tempat saya berkumpul. Lalu saya pergi menemui mereka berdua dan saudara mara mereka yang ada. Dalam hati saya, eh ramainya datang semata mata mahu kirim bekalan makanan kepada saya. Malu pula saya waktu itu

Puan Sri senyum meleret. Tan sri tersengih sengih. Saya kata terima kasih datang jauh jauh hantar bekalan makanan kepada saya. Lalu Tan sri jawab, kami pun pergi sama za. Ya Allah.... air mata saya mengalir. Tak sangka kami sama penerbangan untuk mengerjakan Umrah Ramadan. Ya Allah indah sungguh susunan mu buat diri ini Ya Allah. Kata Puan Seri tak sampai hati tengok adik pergi seorang diri untuk Umrah Pertama. Mereka usaha untuk pergi sekali. Ingatkan hanya kejutan sediakan bekalan makanan rupanya kejutan mereka berdua turut serta Umrah Ramadan. MasyaAllah 

Didalam pesawat luas dan selesa, ada surau yang luas. Saya berpeluang untuk solat isyak alhamdulillah. Saya baca Quran dan selesaikan dalam penerbangan itu juga. Alhamdulillah tenang dan fokus. Nanti di Madinah saya akan mula baca dari Juz pertama. Niatnya mahu khatam individu juga disana

Saya tidak boleh lelap sepanjang penerbangan. Saya baca buku buku Umrah yang saya bawa. seperti mimpi. Hari itu saya sudah terbang menuju ke Madinah al Munawarah. Terima kasih Ya Allah menjemput hambamu datang. Semoga saya menjadi tetamuMu yang paling istimewa ya Allah 

Kami mendarat dengan selamatnya di Jeddah. Urusan passport di kaunter juga mudah. Urusan bagasi juga tiada alami masalah. Alhamdulillah 

Kami diminta oleh Tour Leader Ustaz Umar untuk duduk sebentar di kerusi rehat berwarna kuning sementara menunggu bas yang akan membawa kami ke Madinah sampai. Saya ambil peluang rehatkan badan yang lama duduk di pesawat tadi 

Setelah bas sampai, bagasi telah dibawa masuk ke bonet bas. Saya dan para jemaah mula menaiki bas. Dimaklumkan oleh Tour Leader, kumpulan kami akan berhenti di R&R untuk sahur dan solat subuh. Sepanjang perjalanan menaiki bas saya tidak boleh lelap mata. Saya masih tak percaya saya sudah berada di bumi Jeddah. Allah Maha Baik telah memakbulkan semua doa hambaNya yang fakir ini. Mulut terus berzikir, air mata mengalir. Berbagai bagai perasaan hadir 

Lebih kurang jam 2.30 pagi, kami semua sampai di R&R untuk bersahur. Saya mengeluarkan bekalan yang dikirim oleh Puan Sri Bibi iaitu Daging rendang, Itik Masak Lemak, Ayam Masak Kicap dan sambal goreng tempe. Saya kongsi dengan jemaah yang bersama saya. Sedap rasanya. Puan Sri Bibi memang pandai masak. Selera jamah makanan sewaktu sahur begini. Saya OCOC ( program otak cantik otak cerdik ). Tidak makan nasi. Banyak minum air dan makan lauk sahaja. Mudah dan ringkas

Selepas Sahur, saya bersama Umie Fatimah dan Umie Faizah bergerak ke bilik air untuk ambil wuduk. Kami solat subuh di surau R&R. Surau biasa saja. saya di tegur beberapa jemaah, mereka bertanya adakah saya dari indonesia? saya jawan Malaysia. Mereka sebut masyaallah lalu mencium dahi saya. Terpinga pinga sebentar. namun saya redha dan senyum sahaja. Ia tentu pengalaman baru buat saya yang kali pertama ke tanah suci ini

Subuh yang gelap dan sunyi, bas membawa kami meneruskan perjalanan ke Kota Madinah Al Munawarah. Ya Allah sesungguhnya berdebar debar sekali hati ini. Mulut tidak henti berzikir dan berselawat ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW. Tidak sabar rasanya lakukan ziarah makan Nabi. Tak sabar mahu ucap salam kepada Rasulullah SAW 

Pagi itu saya menukar Sim Kad Saudi untuk memudahkan berhubung dengan keluarga di Malaysia. Semua diurus oleh Mutawif. Alhamdulillah tiada yang rumit 

   






No comments:

Post a Comment