Wednesday, August 1, 2018

BAB 5 - PANDUAN TUNAI UMRAH PERTAMA


Sewaktu saya mula menanam niat mahu pergi Umrah. Saya sering tertanya tanya adakah saya sudah bersedia dengan jemputan istimewa ini? Macam macam perasaan yang saya rasai. Persediaan mahu menunaikan Umrah melibatkan persediaan diri dan hati. Barulah diikuti dengan persiapan seperti kewangan, kesihatan dan kestabilan keamanan 

Seringkali saya ingatkan diri agar saya tidak menunjuk nunjuk dengan Ibadat Umrah ini. Oleh itu kita perlu banyak membaca, solat dan berzikir. Membaca bagi mempelajari ilmu dan amalan yang patut dan tidak patut dibuat sebelum, sedang selepas Ibadah Umrah dilaksanakan 

Beberapa tips yang saya boleh kongsikan sebagai panduan umum untuk menjadi tetamu Allah

1. Berusaha mempelajari ibadah ini supaya tidak mendedahkan diri kita kepada perkara perkara yang boleh merosakkan amalan kita

2. Usaha sehabis boleh mengikut semua sunnah Rasulullah

3. Berusaha mengelak dari melakukan perkara perkara yang sia sia seperti berbual, membeli belah berlebihan dan memerhatikan jemaah lain. Fokus dengan beribadat dan zikir

4. Elakkan diri anda dari merempuh terutama sewaktu Saie, Tawaf dan sewaktu masuk Raudhah. banyak bersabar dan mengalah

5. Hendaklah menyantuni penduduk dua tanah haram kerana mereka adalah Jiran Baitullah dan Jiran Rasulullah


Setelah ada niat mahu ke Tanah Suci Makkah mengerjakan Umrah Pertama. Saya mula melakukan persediaan seperti yang berikut 


1. PERTAMA: PEMILIHAN TRAVEL AGENT

Pemilihan travel agent mengikut kemampuan masing-masing.  Ada yang mura dan ada yang mahal. Yang murah tu hotel dia jauh sediki. Pakej yang mahal hotel dekat dengan Masjidilharam. Mana-mana travel agent sama sahaja. Mereka cuba untuk memberikan yang terbaik untuk para Jemaah. Biasanya Jemaah akan disediakan dengan seorang Mutawif (tour leader Umrah/Haji). Bukan senang kerja seorang Mutawif. Bukan sahaja perlu membawa Jemaah yang ramai, salah penyampaian beliau..  dosa Jemaah dia tanggung. Saya pasti para mutawif sentiasa banyak berdoa bagi memastikan semua Jemaah berpuas hati dan dapat melaksanakan ibadat dengan selesa

Kita perlu tahu tentang beberapa perkara yang berikut. Ini sangat penting bagi memastikan impian kita ke Tanah Suci termakbul dengan tenang hati  


1. Harga. 
Buatlah perbandingan 2 - 3 harga daripada Travel agent mengikut kemampuan. Buat tempahan awal dengan membayar deposit sebagai komitmen pertama kita. Kata sahabat saya, ia sebenarnya komitmen u dengan Allah. Bukan komitmen u dengan Travel agent. MasyaAllah. 

Saya Isi Borang. Saya juga bayar komitmen saya sebanyak RM500.00. Seterusnya saya buat bayaran secara ansur ansur bulanan sebanyak RM500 x 10 bulan 

Saya memilih Amazing Umrah Sahabat Quran Malaysia kerana pengisiannya. Mereka mengadakan Khatam Quran di Nabawi dan Masjidil Haram. Seronok hati saya mendengarnya

2. Hotel
Pakej yang kita pilih menunjukkan hotel kita dekat atau jauh di Makkah. Saya memilih Pakej RM4,990.00 sahaja. Hotel Di Madinah semuanya dekat dengan Masjid Nabawi. Saya menginap di Hotel Concorde Madinah. Masuk ke Masjid Nabawi melalui pintu 15. Di Makkah pula saya menginap di Concorde Al Khair. Naik Bas, 2 minit sampai ke Masjidil Haram. Jika hari biasa tambang bas percuma. Ramai cakap kenapa naik bas? Pada saya yang baru pertama kali pergi ke Baitullah. Naik bas atau jalan kaki tidak jadi hal. Yang penting saya sampai ke Masjidil Haram 


3. Bilik. 
Saya menginap di Madinah bilik berempat dan di Makkah bilik berlima. Bilik hotel sangat selesa dan paling saya suka luas. Bilik air ada dua unit dan bersih. Ada pantry kecil dan mini peti ais. Boleh simpan fresh jus dan buah buahan yang dibeli di kedai bawah hotel kami. Oleh kerana saya umrah Ramadan. Masa di bilik amat kurang. Saya banyak iktikaf di Masjid

4. VISA. 
Visa diuruskan oleh Travel Agent. Banyakkan berdoa agar kita menjadi tetamu Allah yang paling istimewa. Selain itu sila buat semakan dengan imigresen boleh ke Luar Negara atau Tidak disebabkan beberapa faktor tertentu

5. Kelengkapan lain
Buat semakan Passport, Ambil gambar VISA, Suntikan Wajib iaitu meninggococcal yang biasanya dikenakan caj RM150.00 dan suntikan iringan bukan wajib lain seperti influenza, Pneumococcal, akan dapat satu buku suntuikan. Salinan surat nikah yang disahkan oleh Jabatan agama, salinan kad pengenalan

Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan perkhidmatan Travel Agent Amazing Umrah. Sama ada di Malaysia atau di Makkah dan Madinah. Mereka mengambil berat, sentiasa pantas informasi dan sentiasa mengingatkan tentang apa yang patut kita lakukan sebelum, semasa dan selepas berada di dua Kota Suci. Maklum saja umrah pertama, banyak perkara yang saya tidak ketahui

KE DUA: PERSIAPAN ROHANI/ILMU


Sebelum saya menetapkan traikh mahu menunaikan Umrah. Saya ada berkongsi dengan kawan kawan rapat yang sudah biasa pergi menunaikan Umrah malah berkali kali pula. Mereka bagi tips tips bagaimana mahu buat persiapan Rohani. Dalam hati ini selalu terfikir, banyak dosa aku ni. Solat tak cukup 5 waktu dulu dulu. takutnya kena balasan Allah disana. Kawan saya selalu cakap Allah maha pengampun, sebab itu dia mahu jemput awak ke sana. Bersangka baik dengan Allah. Saya laukan perkara berikut untuk kuatkan semangat saya capai hajat pergi Umrah Wajib 

1. Kursus umrah.
Travel agent ada sediakan kursus umrah percuma. selain itu banyak juga kursus umrah ditempat tempat lain. Saya selalu sertai walaupun masa itu belum tetapkan tarikh mahu pergi Umrah. Saya pernah tiga kali teman emak kursus umrah juga. Malam malam saya ambil peluang tengok youtube berkenaan melaksanakan ibadah Umrah

2. Baca buku Panduan UMRAH.
Saya dihadiahkan oleh kawan 2 naskah buku tulisan Prof. Kamil Ibrahim berkenaan mengerjakan Umrah dan haji. Travelog Haji dan satu lagi tentang Madinah. Saya juga dapatkan senaskah buku Panduan Ke Baitullah - Umrah Pertamaku. Selain itu saya baca buku kecil yang dibekalkan oleh Travel Agent 

4. Baca kisah-kisah nabi
Dari dulu memang saya suka baca kisah para Nabi, Sahabat Rasulullah dan Cerita Rasulullah dari Makkah ke Madinah. Saya memang teruja hendak melihat sendiri kawasan kawasan yang ada dalam cerita tersebut seperti perkuburan Baqi', Makam Saidina Hamzah di Kaki Bukit uhud  

3. Pengisian Rohani
Bab ini memang kena buat. Sentiasa diingatkan oleh Travel Agent dan Mutawif. Perbanyakkan solat taubat. Perbanyakkan solat tahajjud. Perbanyakkan solat hajat. Perbanyakkan zikir dan baca Quran. Perbanyakkan berdoa kepada Allah agar Dia menerima kita sebagai tetamuNya yang paling istimewa. Niat kita submit dari tanahair tercinta akan Allah maqbulkan disana. Pasang niat awal awal dengan jelas. Contoh niat saya yang jelas ialah mahu memasuki raudhah setiap hari selepas tarawikh. Mahu Solat dalam Masjid Nabawi dan Masjidil Haram setiap hari. Mohon sihat walafiat sepanjang di sana untuk mengerjakan ibadah wajib dan sunat. Mahu tawaf sunat setiap selesai solat 5 waktu . Kerana Allah itu mengikut sangkaan hambanya 
     
4. Kompilasi doa kawan kawan  dan saudara mara 

Ramai kawan kawan, saudara mara, adik beradik, jiran tetangga kirim doa. Saya minta mereka wasap doa mereka agar memudahkan saya membuat solat hajat dan membaca doa mereka



KE TIGA: PERSIAPAN JASMANI/FIZIKAL



Persiapan Fizikal dan Jasmani amat penting. Selama dua tahun memasang niat pergi Umrah. Saya telah memulakan sihat jihad. Jaga makan minum dan Brisk Walk setiap pagi dan petang. Dari 5,000 langkah sehari menjadi 15,000 langkah sehari. Pergerakan kita banyak di sana. Mahu pergi masjid, Buat tawaf 7 pusingan. Buat Saei 7 kali. Saei mencabar kerana dalam 2km mahu berjalan dan yang paling mencabar jemaah ramai. Saya mula faham kenapa ada orang kata nak pergi Umrah dan Haji. Elok pergi waktu usia muda dan bertenaga. Sudah tuan susah nanti. Keadaan di sana panas dan buat kita cepat letih. Saya bersyukur walaupun saya tidak makan nasi, tepung putih dan gula saya kekal sihat hingga pulang ke Tanah air. Saya makan Tamar, Air Zam Zam dan makan Fitrah Bar yang dkirim kakak ipar 

KE EMPAT: PERSIAPAN BARANGAN

Buat yang pertama kali pergi Umrah macam saya, memang bingung sekejap. Apa mahu bawa. Muatan beg tak boleh lebih. Apa boleh bawa apa tak boleh bawa. Syarikat Travel Agent saya sangat bagus. Mereka senaraikan barang yang jemaah perempuan dan lelaki perlu bawa 

Saya bawa 10 helai telekung. Eh banyaknya kata kawan kawan dan emak saya. Setiap sehelai adalah hadiah dari bos, sahabat, staff, saudara mara, adik beradik. Saya tidak beli, Untuk sampaikan hajat mereka saya bawa semuanya. Satu tidak tinggal

Ubat ubatan bawa juga. Standby sakit pening dna boleh kongsi dengan jemaah lain 

Saya banyak membeli barang barang di Kedai Umrah dan Haji milik Dato Haji Daud Che Ngah. Disitu mereka ada berikan senarai barang barang yang perlu dibawa. Mereka juga sarankan apa yang tidak perlu dibawa. Saya kali pertama pergi Umrah. Banyak juga yang saya tanya. tidak mengapalah pada saya, dari tidak ada maklumat langsung

Beg ada dua, satu beg luggage dan satu hand carry. Dalam hand carry bawalah sepasang persalinan, towel, dan keperluan diri. Botol Spray Wuduk juga standby dalam Hand Carry




No comments:

Post a Comment